Warga SM Sains Seri Puteri (SESERI) mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh murid Tingkatan 5 Batch Aerides yang akan menduduki Pentaksiran Diagnostik Akademik (PDA) Peperiksaan Percubaan SPM Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula 27 Julai hingga 12 Ogos 2026.
Semoga setiap usaha yang telah dicurahkan sepanjang persediaan menjadi bekalan untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin, tenang dan cemerlang. Percayalah pada kemampuan diri, berdoalah tanpa henti dan berikan yang terbaik dalam setiap kertas peperiksaan.
"Usaha yang bersungguh-sungguh hari ini adalah jambatan menuju kejayaan esok."
Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan fikiran, kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan keputusan yang cemerlang.
Selamat menjawab soalan dan semoga berjaya, Batch Aerides! ![]()





