Tentang Kami

Home / Tentang Kami
Selamat Datang ke

Sekolah Menengah Sains
Seri Puteri Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia yang terletak berhadapan dengan bangunan PWTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri telah dibuka pada 1 April 2003 dengan mengambil alih premis Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke CyberjayaSelangor. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-46 dan sekolah kelima di Malaysia yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Sekolah ini merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia dan pernah beberapa kali menduduki carta 10 sekolah terbaik dalam negara, terakhir sekali pada tahun 2022 bagi keputusan SPM 2021.

Sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal sains. Terdapat juga Dewan Sekolah yang dinamakan Dewan Gemala Puteri, Kantin dan gelanggang permainan yang dipanggil Gelanggang Anggerik Sari. Di kawasan asrama pula terdapat 3 buah blok asrama, satu blok surau serta sebuah Dewan Graha Puri yang merupakan dewan makan untuk para pelajar.

Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid iaitu Adioda, Bakerara, Cattleya, Dorisia, Eliara, Fialaara, Helpilia dan Gastisia. Pada tahun 2016, kelas di SESERI telah berkurangan kepada 3 kelas yang diberikan nama Adioda, Bakerara dan Cattleya. Begitu juga dengan nama rumah sukan: EPIDENDRIUM (oren), ONCIDIUM (kuning), DENDROBIUM (merah), dan BRASSIDIUM (hijau).

LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri,
Kian cemerlang dan indah bestari,
Cekal tabah berani mesra ICT,
Hadapi cabaran globalisasi.

Proaktif, Inovatif dan Efektif,
Cogan kata panduan kami semua,
Merealisasikan kecemerlangan,
Mara bersatu ke era wawasan.

Kamilah puteri harapan bangsa,
Pewaris srikandi negara,
Bersama cipta satu impian,
Masa depan yang gemilang.

Sentiasa berusaha sedia berbakti,
Mencapai hasrat nan murni,
Berakhlak mulia berjiwa perkasa,
Majulah sekolah ku tercinta.

Visi

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri sebagai institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.

Misi

Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik melalui pengurusan dan kepemimpinan berkualiti bagi melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif dalam memenuhi aspirasi bangsa dan negara.

Moto

"Proaktif, Inovatif dan Efektif."

Tentang Sekolah

Visi, Misi dan Moto Sekolah

Visi
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri sebagai institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor. consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor

Misi
Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik melalui pengurusan dan kepemimpinan berkualiti bagi melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif dalam memenuhi aspirasi bangsa dan negara.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor. consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor

Moto
"Proaktif, Inovatif, Efektif".

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor. consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor