Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Keranjang Panthera, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 Bersama dalam Kejohanan Bola Keranjang SBP Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan pada 7 hingga 10 Julai 2026.
Tahniah turut diucapkan kepada Qaesya Amani binti Mohd Shafrin atas pengiktirafan sebagai Top Blocker kejohanan.
Syabas dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru, pihak sekolah serta ibu bapa atas komitmen, pengorbanan dan sokongan yang telah diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
“Sasaran Tepat, Kecemerlangan Milik Kami!” ![]()
#SESERI#SBPKebangsaan2026#BolaKeranjangSESERI#Panthera#TeamSESERI#ProudToBeSESERI





