BIMBINGAN BERSEPADU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) SENTUL TAHUN 2026

Pada 15 Julai 2026 (RABU), SM Sains Seri Puteri (SESERI) telah menerima kunjungan Program Bimbingan Bersepadu PPD Sentul yang diketuai oleh Tuan Haji Azman bin Ab Kadir, AMW. (Pegawai Pendidikan Daerah Sentul).

Program ini merupakan inisiatif PPD Sentul bagi membimbing dan memperkukuh pengurusan sekolah serta meningkatkan kemenjadian murid melalui perkongsian kepakaran, pandangan dan bimbingan secara bersepadu.

Warga SESERI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan pembimbing atas segala panduan, teguran yang membina dan komitmen yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama antara PPD Sentul dan SESERI terus diperkukuh dalam usaha melestarikan kecemerlangan pendidikan serta melahirkan murid yang holistik, seimbang dan berdaya saing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *