Selamat Menduduki Ujian Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bacaan Hadis (UTQH) SPM 2026
Seluruh warga SM Sains Seri Puteri mengucapkan selamat menduduki Ujian Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bacaan Hadis (UTQH) Pendidikan Islam 1223/2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua murid Batch Aerides.
Semoga setiap usaha yang telah dilakukan dipermudahkan oleh Allah SWT, dikurniakan ketenangan hati, kelancaran bacaan, kekuatan hafazan serta keyakinan ketika menjawab ujian.



