Program “Buah-buahan Kita, Warisan Kita”.

Program “Buah-buahan Kita, Warisan Kita” yang telah berlangsung pada petang tadi telah berjalan dengan lancar dan jayanya, meskipun dalam keadaan cuaca hujan. Kehadiran dan keterujaan anak-anak SESERI menjadi bukti bahawa usaha bersama ini telah memberi impak yang positif dan menggembirakan.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

- Barisan AJK PIBG yang sentiasa menyokong inisiatif sekolah

- Guru-guru dan staf AKP yang bertungkus-lumus menjayakan program

- Ibu bapa yang hadir dan memberi sokongan padu

- Pihak DM yang membantu dalam penyediaan minuman

- Serta semua individu yang telah menyumbang dari segi kewangan dan tenaga

Sumbangan dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan telah memungkinkan program ini dilaksanakan dengan penuh bermakna. Semoga segala usaha dan keikhlasan tuan/puan diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Program ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan, mengambil kira keterujaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada murid, warga sekolah dan ibu bapa.

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak demi kesejahteraan dan kegembiraan anak-anak kita.

“Buah-buahan Kita, Warisan Kita – Menyemai Kenangan, Menyubur Kasih Sayang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *