Tahniah Pasukan Debat Bahasa Melayu SESERI!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, pasukan Debat Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah berjaya merangkul tempat ketiga bersama dalam Pertandingan Debat Generasi Madani Piala Menteri Pendidikan yang telah berlangsung pada 23 hingga 26 Jun 2025, bertempat di SMK Wangsa Maju Seksyen 2.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, hasil daripada usaha gigih para peserta, bimbingan penuh dedikasi oleh guru pembimbing Puan Maslizaini, serta sokongan dan doa berterusan daripada seluruh warga SESERI.
Walaupun pasukan ini tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir, salah seorang pendebat SESERI, iaitu Nur Faqihah Humaira binti Samsudin, telah membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik sebanyak empat kali sepanjang pertandingan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus unggul dalam bidang pengucapan awam dan memupuk kepimpinan dalam kalangan generasi muda.
