(Johan) Kejohanan Bola Jaring MSSD Sentul 2025

Pasukan bola jaring SESERI telah menyertai kejohanan bola jaring MSSD Sentul pada 14 - 16 Julai 2025 bertempat di IWK Ecopark Pantai Dalam.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring Seseri kategori U15 yang telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan bola jaring peringkat MSSD Sentul tahun 2025.

Tahniah juga diucapkan kepada dua orang pemain seseri iaitu Putri Nur Dania Qaisara Binti Norzhafri (Posisi C) yang telah dianugerahkan sebagai penyerang terbaik dan Imanina Maryam (Posisi GA) yang dianugerahkan sebagai pemain terbaik.

Tahniah kepada semua pemain pasukan bola jaring yang telah menunjukkan disiplin dan komited sepanjang latihan sehingga hari pertandingan berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *