5 Februari 2026 (Khamis) | 10.00 pagi
Satu majlis peluncuran projek telah berjaya dilaksanakan pada 5 Februari 2026, jam 10.00 pagi. Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat direalisasikan sepenuhnya dan memberi manfaat jangka panjang kepada warga sekolah serta komuniti Seseri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Khairul atas inisiatif dan usaha dalam mengoptimumkan penggunaan Tanah Seseri demi kepentingan bersama. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (DBKL), iaitu Puan Norsiha binti Abdul Hanid dan Puan Nur Ellizsa binti Mohamad, yang mencerminkan sokongan berterusan pihak berkuasa tempatan terhadap pembangunan komuniti sekolah.
Penghargaan turut dirakamkan kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG atas komitmen, sokongan dan kerjasama padu dalam mendokong pelaksanaan projek ini demi kebaikan serta kesejahteraan anak-anak Seseri.




