feature kak

Majlis Persaraan Puan Mahadiah Muda – Sekolah

27 Februari 2017 merupakan hari terakhir Puan Mahadiah bertugas sebagai seorang guru sebelum bersara. Sebagai menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada SESERI, satu majlis telah diaturkan oleh murid-murid untuk beliau. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan [...]

feature image bakat

Majlis Penutup Minggu Silaturahim Murid Tingkatan 4 Tahun 2017

Majlis ini telah berlangsung pada 24 Februari 2017 yang lalu dengan jayanya dalam suasana yang amat meriah bertempat di Dewan Gemala Puteri. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa, diikuti oleh persembahan dari PRS dan persembahan bakat dari setiap rumah yang [...]

feature image

Program Pelalian HPV Murid Tingkatan 1 (Dos 1)

Pada 23.02.217, seramai 69 murid tingkatan 1 terlibat dengan Program Pelalian HPV (Human Papilloma Virus) bertempat di Dewan Gemala Puteri. Suntikan ini dikendalikan oleh 2 orang jururawat yang didatangkan khas dari Klinik Kesihatan Sentul. Suntikan ini bertujuan untuk mencegah kanser [...]

feature image

Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-12

Mesyuarat Agung Koperasi SM Sains Seri Puteri kali ke 12 telah berlangsung pada 22 Februari 2017 bertempat di Dewan Gemala Puteri. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Wong Boon Ban dan dipantau oleh Puan Nor Izzati Binti Md. Isa [...]

feature image

Kejohanan Balapan dan Padang Zon Sentul 2017

Pada 13 -16 Februari yang lalu, SESERI telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai kejohanan ini. SESERI berjaya membawa pulang 3 pingat gangsa dan 1 perak di dalam acara Lempar Cakera, Lontar Peluru dan Lompat Tinggi. Berikut adalah nama – [...]

 

KENYATAAN SEBUT HARGA PROJEK UBAH SUAI DAN NAIK TARAF

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

Jalan Kolam Ayer

51200 Kuala Lumpur

_______________________________________________________________________

SMSSP(KP-BPSBPSK)07/12/005

15 Oktober 2012

 KENYATAAN SEBUT HARGA PROJEK UBAH SUAI DAN NAIK TARAF

MEMBEKAL DAN MEMASANG JUBIN SEPERTI YANG BERIKUT:

i)

BILIK MESYUARAT

ii)

BILIK KOMPUTER 3

iii)

ASRAMA BLOK B

iv)

MENAIK TARAF PAIP TANGKI BILIK MANDI, TANDAS SERTA TEMPAT BASUH ASRAMA BLOK A, B DAN C

v)

DINDING BILIK PENGETUA

vi)

MENGGANTIKAN GRILL KESELAMATAN PINTU TANGGA BILIK GURU

1.

Tawaran adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berpengalaman dan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau PKK untuk menjalankan projek seperti kerja-kerja di atas di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer 51200 Kuala Lumpur.

2.

Borang-borang mengenai sebut harga tersebut boleh didapati di pejabat sekolah.  Borang sebut harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat dan ditulis ‘SEBUT HARGA’ di bahagian atas sudut kiri.  Permohonan hendaklah sampai ke pejabat pengetua tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada                   31 Oktober 2012.

3.

Permohonan yang lengkap, tidak memenuhi syarat dan lewat dari tarikh yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

4.

Setiap Set Borang Sebut Harga yang dihantar hendaklah disertakan bersama-sama perkara-perkara berikut:
i) Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ii) Salinan fotostat Sijil Akaun Pendaftaran Kontraktor (yang telah disahkan daripada Kementerian Kewangan Malaysia)

5.

Pihak pengurusan sekolah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang tertinggi atau sebaliknya.  Keputusan lembaga pemilihan adalah muktamad dan pihak Lembaga berhak menerima atau menolak sesuatu sebut harga dengan tidak menyatakan sebab-sebabnya.

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2012

Peperiksaan Akhir Tahun untuk tingkatan 4 sedang berlangsung sekarang. Maklumat peperiksaan adalah seperti berikut.

Tarikh: 08 – 22 Oktober 2012

Jumlah Pelajar: 211 orang

Semoga berjaya kepada semua pelajar tingkatan 4 seseri!

Programme Itinerary

Seseri International Bowling & Speech Competitions (i-Bowls)

Seri Puteri Science Secondary School (SESERI) Kuala Lumpur Malaysia, located right in the heart of the city is organizing its first International Bowling and Speech Competitions. Bowling, speech (English Language) and pidato (Malay Language) have been SESERI’s niche (ethos) for the past 3 years. It is hoped that these competitions will provide a good avenue for local and overseas students to unleash their potentials.