PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SM SAINS SERI PUTERI dengan tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berlandaskan  Falsafah Sekolah Berasrama Penuh.

2. Memastikan pengurusan pendidikan adalah berkualiti, efisyen, cekap, tepat, mesra dan berkesan serta menjadikannya budaya kerja.

3. Memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang terbaik.

4. Menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap bagi   memastikan pencapaian akademik yang terbaik.

5. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, selesa dan  selamat untuk membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

6. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berkesan.

7.Bekerjasama dalam menangani pelbagai masalah serta mewujudkan hubungan interpersonal yang akrab dengan semua  pihak.