MISI DAN VISI

MISI

Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik melalui pengurusan dan kepemimpinan berkualiti bagi melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif dalam memenuhi aspirasi bangsa dan negara.

 VISI

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri sebagai institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri adalah suatu usaha berterusan demi memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  dan Falsafah Sekolah Berasrama Penuh. Tegasnya, pada akhir pendidikan ini akan lahir insan yang cemerlang ilmu, mapan sahsiah, sejagat kepemimpinan dan jitu semangat patriotisme untuk kemakmuran bangsa dan agama ke arah mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat