PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur, dikenali juga sebagai SESERI, terletak di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur. SESERI merupakan satu daripada sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sejarah sekolah ini bermula pada 9 Jun 2003. Pelajar-pelajar SESERI terdiri daripada pelajar perempuan cemerlang PMR dari seluruh negara. Semua pelajar mengikuti aliran Sains Tulen di Tingkatan 4 dan 5. SESERI berjaya melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi, berwibawa, berketrampilan dan mempunyai aspirasi yang tinggi