Archive for the ‘PROGRAM KOKURIKULUM’ Category

Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-12

feature image

Mesyuarat Agung Koperasi SM Sains Seri Puteri kali ke 12 telah berlangsung pada 22 Februari 2017 bertempat di Dewan Gemala Puteri. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Wong Boon Ban dan dipantau oleh Puan Nor Izzati Binti Md. Isa yang bertugas sebagai Pegawai Ehwal Ekonomi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan. Pada tahun lepas keuntungan kasar koperasi adalah sebanyak RM 19 787.73 dengan pengagihan dividen sebanyak 10% seperti yang telah diluluskan oleh suruhanjaya koperasi. Pada tahun ini Koperasi SM Sains Seri Puteri meletakkan sasaran untuk mencapai keuntungan bersih sebanyak RM 20000 berbanding tahun lepas RM 8 231.28

Kejohanan Balapan dan Padang Zon Sentul 2017

feature image

Pada 13 -16 Februari yang lalu, SESERI telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai kejohanan ini. SESERI berjaya membawa pulang 3 pingat gangsa dan 1 perak di dalam acara Lempar Cakera, Lontar Peluru dan Lompat Tinggi. Berikut adalah nama – nama pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah

  1. Tharshynie a/p Kanniah                            : Lempar Cakera P18 – Perak
  2.  Nur Sara bt Samsudin                                 : Lempar Cakera P15 – Gangsa
  3. Allysa Natasya bt Muhammad Johari    : Lontar Peluru P15 – Gangsa
  4. Nik Balqis bin Nik Jefry                              : Lompat Tinggi P15 – Gangsa
  5. Nur Ernie Arina bt Ramly                           : Lompat Tinggi P15 – Keempat

AMBANK KL City Day Run 2016

5

Pada 28 Februari 2016 yang lalu, SESERI telah menghantar 98 pelajar dan diiringi oleh 8 guru ke Pertandingan Larian ‘AMBANK KL City Day Run 2016′ bertempat di Padang Merbuk Kuala Lumpur. Pelajar bertolak dari sekolah seawal jam 6.45 pagi dengan menaiki bas. Semua pelajar yang menyertai larian ini layak untuk mendapat markah kokurikulum peringkat kebangsaan. Pada larian ini, 3 pelajar SESERI telah berjaya mendapat tempat 20 pelari yang terpantas dalam kategori Women Junior. Murid-murid tersebut adalah

  1. Ainur Sharifah Bt Ashar (5B) – 15
  2. Karmila Bt Norrizan (5A) – 16
  3. Izzati Bt Mohammad Munir (5F) – 19

Kejohanan Merentas Desa & Program Gotong Royong Perdana

GOTONG ROYONG PERDANA

Pada 27 Februari yang lalu SESERI telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa & Program Gotong Royong Perdana. Program bermula seawal 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik dan diiukti acara larian merentas desa. Pada jam 9.00 pagi aktiviti penyampaian hadiah kepada 20 pelari terpantas bagi kategori pelajar bawah 17 tahun dan 10 pelari terpantas bagi kategori bawah 15 tahun. Johan keseluruhan bagi acara merentas desa ini diungguli oleh rumah Dendrobium. Selepas aktiviti penyampain hadiah, program gotong royong perdana diteruskan sehingga jam 12.30 tengah hari. Program gotong royong ini turut disertai oleh ibu bapa. Ibu bapa dan pelajar melakukan aktiviti gotong royong mengikut kawasan taman rumah masing-masing.

Berikut adalah atur cara program pada hari tersebut

07.30- 07.50 senamrobik
07.50-08.00 Taklimat merentas desa
08.00-08.50 larian merentas desa
08.50- 09.15 penyampaian hadiah
09.15-09.30 taklimat gotong royong
09.30- 10.30 rehat
10.30-12.30 gotong royong perdana  
 

 

KEJOHANAN BOLA JARING INTER SBP 2016 (ZON TENGAH)

P2200270

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Inter SBP 2016 (Zon Tengah) pada 20/2/2016 sehingga 21/2/2016 bertempat di SESERI. Sebanyak 11 buah SBP telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Berikut adalah senarai sekolah yang mengambil bahagian pada kejohanan tersebut

  1. SM SAINS SERI PUTERI
  2. SM SAINS KUALA SELANGOR
  3. SBPI SABAK BERNAM
  4. SEKOLAH SERI PUTERI
  5. SBPI RAWANG
  6. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
  7. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
  8. SM SAINS BANTING
  9. SM SAINS HULU SELANGOR
  10. SBPI GOMBAK
  11. SM SAINS SELANGOR

Bagi memudahkan pasukan yang mengambil bahagian, segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berikut adalah lampiran maklumat – maklumat yang mungkin diperlukan oleh setiap pasukan.

  1. BORANG PENDAFTARAN PASUKAN 
  2. BORANG M01
  3. PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING
  4. JADUAL PERLAWANAN
  5. ATUR CARA MAJLIS PENUTUP
  6. PAMPLET KEJOHANAN BOLA JARING

Berikut adalah Keputusan Rasmi Kejohanan dan gambar-gambar sepanjang perlawanan tersebut

Johan : SEKOLAH SERI PUTERI

Naib Johan : SM SAINS HULU SELANGOR

Ketiga : SBPI RAWANG

Keempat : SM SAINS SELANGOR

 

Malaysia International Young Inventor Olympiad (MIYIO)

IMG_1337

Pada  3 hingga 5 April, SESERI telah menghantar enam kumpulan ke pertandingan Malaysia International Young Inventor Olympiad (MIYIO) yang telah diadakan di SMS Tun Syed Sheikh Shahabudin, Pulau Pinang. Tujuan MIYIO diadakan ialah untuk mengumpulkan saintis-saintis muda dari seluruh SBP sebagai platform untuk berkongsi hasil penyelidikan dan pembangunan di dalam bidang sains dan kejuruteraan. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 5 April dan SESERI telah berjaya membawa pulang dua pingat emas, dua pingat gangsa dan dua pingat perak.

5th Biennial English Drama Competition for Central Zone 1

DSC_0244

Pada 27 hingga 29 Mac, SESERI telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat sekolah-sekolah berasrama penuh. Sebanyak sepuluh sekolah berasrama penuh menyertai pertandingan ini.  Antara sekolah yang menyertai adalah ASIS,  SESERI, SMSS, SSP, SABDA, SEMESTI, SBPI SABAK BERNAM, KUSES, SESTA dan SEPINTAR. Pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam berbahasa Inggeris di khalayak ramai. Best Drama dimenangi oleh KUSES, diikuti oleh SEMESTI dan SABDA.

Pada 17 – 19 Januari 2014 yang lalu, seramai 38 Pelajar dan 2 orang guru telah menghadiri Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2014 yang telah diadakan di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Pelajar – pelajar yang terlibat adalah pelajar – pelajar yang memegang jawatan tertinggi bagi setiap kelab dan persatuan. Program ini telah dibiayai sepenuhnya oleh PIBG. Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil semasa program tersebut.

Kejohanan Olahraga Tahunan SESERI Kali Ke-10

Pada 27 April 2013 yang lalu, SESERI telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-10 bertempat di Stadium Mini Seri Permaisuri Cheras. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengurus Perancangan Aktiviti Yayasan Bank Rakyat, Tuan Haji Mohd Muhsin Bin Ismail. Kejohanan kali ini menyaksikan Rumah Brassidium menjadi johan keseluruhan setelah mereka menang kali terakhir pada tahun 2007. Tahniah kepada warga Brassidium. Berikut adalah beberapa keping gambar dari kejohanan tersebut. Bagi melihat gambar-gambar di sepanjang kejohanan tersebut, sila klik link berikut KEJOHANAN SUKAN SESERI 2013

KL International Jazz Earth Day Run

Bergambar bersama pingat

Tahniah kepada 4 pelajar SESERI yang berjaya mendapat tempat 10 terbaik dalam pertandingan larian KL International Jazz Earth Day Run yang berlangsung pada 21 April 2013 yang bertempat di Universiti Malaya. Tahniah juga kepada mereka yang berjaya memenangi tiket UNESCO International Jazz Concert yang akan berlangsung pada 30 April 2013 walaupun tidak mendapat pingat dalam larian tersebut. Selain itu, SESERI juga berjaya mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 1500.00 kerana menghantar penyertaan kedua terbanyak dalam larian tersebut.