Archive for the ‘PENCAPAIAN’ Category

Pengurusan Nilam Sekolah Menengah Terbaik 2016 Zon Sentul

Tahniah dan syabas kepada guru nilam Cik Duratul Naqiah dan murid-murid yang telah berusaha sehingga SESERI mendapat anugerah tersebut

WhatsApp Image 2017-02-24 at 10.50.31 AM

 

Kejohanan Balapan dan Padang Zon Sentul 2017

feature image

Pada 13 -16 Februari yang lalu, SESERI telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai kejohanan ini. SESERI berjaya membawa pulang 3 pingat gangsa dan 1 perak di dalam acara Lempar Cakera, Lontar Peluru dan Lompat Tinggi. Berikut adalah nama – nama pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah

  1. Tharshynie a/p Kanniah                            : Lempar Cakera P18 – Perak
  2.  Nur Sara bt Samsudin                                 : Lempar Cakera P15 – Gangsa
  3. Allysa Natasya bt Muhammad Johari    : Lontar Peluru P15 – Gangsa
  4. Nik Balqis bin Nik Jefry                              : Lompat Tinggi P15 – Gangsa
  5. Nur Ernie Arina bt Ramly                           : Lompat Tinggi P15 – Keempat

RUNNING MATH MSU PRESIDENT CUP 2017

backdrop

Pada 15 Februari 2017 SESERI telah menghantar 4 pasukan untuk menyertai pertandingan RUNNING MATH MSU PRESIDENT CUP 2017. Pertandingan ini telah disertai oleh lebih 50 buah  sekolah dari 6 buah negeri di seluruh negara. Syabas dan tahniah kepada pasukan SESERI yang berjaya mendapat tempat keempat dan membawa pulang hadiah berbentuk biasiswa bernilai RM 3000. Di samping itu 2 murid SESERI iaitu Oi Min Khi dan Hanan Syafea Binti Mohd Roslan berjaya memperoleh pingat emas.

MALAYSIA CONFERENCE OF YOUNG SCIENTIST 2016 (MYCYS)

MYCYS

Pada 29 -31 Januari yang lalu, SESERI telah menghantar seorang wakil di Malaysia Conference Of Young Scientist (MYCYS) peringkat kebangsaan bertempat di UPM. Di sana Loh Siow Wei yang merupakan pelajar SESERI telah mendapat dua anugerah emas. Berikut adalah gambar – gambar semasa pertandingan tersebut

Naib Johan NILAM Peringkat Kebangsaan

Bergambar Bersama Pengarah BTPNKL

Nanthini a/p Mageswaran selaku wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berjaya mendapat anugerah Naib Johan dalam Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2013 dalam kategori Bahasa Inggeris. Penyampaian hadiah telah berlangsung di PWTC bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa pada 27 April 2013 yang lalu.  Tahniah dan syabas dari seluruh warga SESERI kerana mengharumkan nama sekolah.

KL International Jazz Earth Day Run

Bergambar bersama pingat

Tahniah kepada 4 pelajar SESERI yang berjaya mendapat tempat 10 terbaik dalam pertandingan larian KL International Jazz Earth Day Run yang berlangsung pada 21 April 2013 yang bertempat di Universiti Malaya. Tahniah juga kepada mereka yang berjaya memenangi tiket UNESCO International Jazz Concert yang akan berlangsung pada 30 April 2013 walaupun tidak mendapat pingat dalam larian tersebut. Selain itu, SESERI juga berjaya mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 1500.00 kerana menghantar penyertaan kedua terbanyak dalam larian tersebut.

International Conference of Young Scientists 2013

PENYAMPAIAN HADIAH

Pada 15 April sehingga 22 April 2013 yang lalu, pelajar SESERI Syahira Syazreen Binti Zainal Abidin, telah mengikuti delegasi Malaysia yang terdiri dari SM Sains Alam Shah dan SM Sains Selangor ke Indonesia untuk menyertai Pameran International Conference of Young Scientists 2013. Pameran tersebut berlangsung selama 7 hari di Grand Inna Bali Beach. Pada pameran tersebut pelajar SESERI telah berjaya meraih pingat Gangsa dalam kategori ‘ Life Science’. Tahniah di atas pencapaian yang membanggakan dari seluruh warga SESERI

MIYIO ~ Malaysian International Young Inventors Olympiad 2013

booth

Pada 16 April sehingga 18 April 2013, dua orang pelajar SESERI bersama seorang guru telah menyertai pameran MIYIO ~ Malaysian International Young Inventors Olympiad di Universiti Malaysia Perlis. Pada pameran itu SESERI telah berjaya mendapat anugerah Perak hasil daripada inovasi Remote Control Solar Car yang dihasilkan. Tahniah dari seluruh warga SESERI di atas pencapaian tersebut.