Archive for the ‘KELAB BKGS’ Category

Majlis Persaraan Puan Mahadiah Muda – Sekolah

feature kak

27 Februari 2017 merupakan hari terakhir Puan Mahadiah bertugas sebagai seorang guru sebelum bersara. Sebagai menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada SESERI, satu majlis telah diaturkan oleh murid-murid untuk beliau. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada 1.30 petang. Pelbagai aturcara telah diaturkan di sepanjang majlis ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan hadiah kenangan yang terindah buat beliau

Majlis Persaraan Puan Mahadiah Muda – BKGS

Pada 25 Februari 2017 yang lalu, satu majlis bagi meraikan persaraan Pn Mahadiah Muda telah diadakan di Restoran Rebung bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada jam 2.30 petang. Majlis ini telah dianjurkan oleh Badan Kabajikan Guru dan Staf Sekolah Menengah Sains Seri Puteri. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa sebelum para guru dan staf menjamu selera. Kemudian majlis ini diserikan pula dengan dendangan lagu yang disampaikan oleh Encik Hadip Bin Harun yang ditujukan khas kepada Puan Mahadiah. Di samping itu juga majlis memotong kek dan penyampaian hadiah sempena persaraan dan sambutan hari lahir turut diadakan.

Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Guru & Staf Sokongan 2012

Badan Kebajikan Guru & Staf Sokongan (BKGS) akan menganjurkan Jamuan Akhir Tahun 2012. Semua guru dan staf sokongan dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis.

 

Tempat : Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Tarikh : 02 November 2012 (Jumaat)

Masa : 12.00 PM