Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia yang terletak berhadapan dengan bangunan WTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Peneraju Utama
Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum
Aktiviti-aktiviti di SESERI.
Majlis Mahabbah Aidilfitri SESERI 2023 serta Sambutan Hari Lahir bagi puteri-puteri yang lahir pada bulan Januari hingga Mei telah diadakan dalam keadaan sederhana tetapi meriah seperti ketetapan berikut:Tarikh: 20 Mei 2023 (Sabtu)Masa: 8.00 pm – 10.00 pmTempat: Dewan Graha PuriTema: Baju rayaSegala kerjasama warga SESERI dan AJK PIBG amat dihargai […]
Pada 20 Mei 2023 telah dijalankan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 Tahun 2023 bertempat di Dewan Gemala Puteri. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh para ibu bapa dan guru. Pelbagai isu dan perkara yang dibincangkan sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung. Pelantikan jawatan baharu bagi barisan AJK PIBG juga berlangsung dengan baik. Mesyuarat tamat […]
Selamat datang diucapkan kepada murid-murid baharu. Gambar sekitar Majlis Pendaftaran yang telah berlangsung pada 27 Mac 2023. Terima kasih kepada semua guru-guru dan murid-murid yang menjayakan majlis tersebut. Doakan murid-murid baharu dapat menyesuaikan diri dengan baik untuk terus berada di SESERI.
Tentang SESERI
Kecemerlangan murid merangkumi aspek akademik, Penilaian Bilik Darjah, peperiksaan dan kaedah PdPc berkesan.
Kecemerlangan murid merangkumi aspek disiplin, sahsiah diri, kebajikan, kesihatan dan kehidupan di asrama.
Kecemerlangan murid merangkumi aspek kelab persatuan, unit beruniform, sukan permainan dan pertandingan.
Misi Kami.
SESERI telah berjaya menjadi Microsoft School bermula tahun 2019. Kini, SESERI berjaya dinobatkan sebagai Microsoft Showcase School.
Mencipta budaya positif.
Sentiasa bertindak pantas dan aktif dalam menyelesaikan sebarang tugasan.
Mempraktikkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan kehidupan.
Setiap tindakan adalah berdasarkan kajian yang teliti untuk impak yang maksimum.
ETOS SESERI.
Murid-murid SESERI dilatih dengan persekitaran dan kemahiran pengucapan awam. Mereka dibiasakan dengan tugasan yang berupaya meningkatkan tahap keyakinan diri di hadapan awam.
Keunikan Kami.
SPM terkini iaitu tahun 2021 mencatatkan keputusan terbaik seluruh Kuala Lumpur iaitu dengan GPS sebanyak 1.49
Sekolah yang indah ini didiami oleh puteri-puteri cemerlang dari seluruh pelusuk tanah air untuk menimba ilmu pengetahuan.
Lokasi SESERI terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota Kuala Lumpur menjadikan ianya sekolah metropolitan.
Bangunan pentadbiran/pejabat adalah bangunan peninggalan british yang telah dibina sejak tahun 1905 dan masih kukuh hingga kini.
Setiap nama KELAS dan RUMAH SUKAN adalah diambil sempena nama saintifik bagi jenis-jenis orkid.
Meskipun kedudukan SESERI terletak di tengah-tengah kota meropolitan, namun suasana persekitaran dipenuhi kehijauan yang menenangkan.