Peneraju Utama

Barisan Pentadbir SESERI

Pn. Norzila bt Ali Musa

Pengetua

Pn. Aida bt Aris

Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Azlina bt Md. Ali

Penolong Kanan HEM

Pn. Norliza bt M. Yusof

Penolong Kanan Kokurikulum

Aktiviti-aktiviti di SESERI.

Berita Terkini

  • Project Empower: Empowering Girls Through Women’s Health

    Project Empower: Empowering Girls Through Women’s Health

    Murid Tingkatan 1 telah menjalani Program Project Empower: Empowering Girls Through Women’s Health anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seperti berikut.Tarikh: 10 Jun 2023Hari : SabtuTempat : DGP, SESERIMasa: 7.30 pagi – 4.00 petangProgram ini bertujuan memberikan pendedahan tentang pendidikan seksualiti, penjagaan kesihatan, menekankan aspek kebersihan, sentuhan selamat dan risiko-risiko […]

  • Ekspedisi Mendaki Bukit Dinding

    Ekspedisi Mendaki Bukit Dinding

    Ekspedisi Mendaki Bukit Dinding melibatkan 50 orang pengakap telah berlangsung pada 11 Jun 2023 (Ahad)

  • Program Kolaboratif Imamah & Qiyadi SESERI – SMISTA

    Program Kolaboratif Imamah & Qiyadi SESERI – SMISTA

    Pada 10 Jun 2023 ( SABTU), Panitia Pendidikan Agama Islam telah menjalankan Program Kolaboratif Imamah & Qiyadi SESERI – SMISTA yang bertempat di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP.

Tentang SESERI

Sekolah Berprestasi Tinggi

Akademik

Kecemerlangan murid merangkumi aspek akademik, Penilaian Bilik Darjah, peperiksaan dan kaedah PdPc berkesan.

Hal Ehwal Murid

Kecemerlangan murid merangkumi aspek disiplin, sahsiah diri, kebajikan, kesihatan dan kehidupan di asrama.

Kokurikulum

Kecemerlangan murid merangkumi aspek kelab persatuan, unit beruniform, sukan permainan dan pertandingan.

Misi Kami.

100% Microsoft Innovative Educator Expert.

SESERI telah berjaya menjadi Microsoft School bermula tahun 2019. Kini, SESERI berjaya dinobatkan sebagai Microsoft Showcase School.

  • 6 Microsoft Certified Educator
  • 29 Microsoft Innovative Educator Expert
  • 42 Microsoft Educator

Mencipta budaya positif.

Kami di SESERI mengamalkan budaya berikut;

Proaktif

Sentiasa bertindak pantas dan aktif dalam menyelesaikan sebarang tugasan.

Inovatif

Mempraktikkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan kehidupan.

Efektif

Setiap tindakan adalah berdasarkan kajian yang teliti untuk impak yang maksimum.

ETOS SESERI.

Pengucapan Awam

Murid-murid SESERI dilatih dengan persekitaran dan kemahiran pengucapan awam. Mereka dibiasakan dengan tugasan yang berupaya meningkatkan tahap keyakinan diri di hadapan awam.

  • Ucapan Impromptu di Perhimpunan Pagi
  • Pertandingan-Pertandingan Pengucapan Awam
  • Kelab Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Keunikan Kami.

Fakta Menarik SESERI.

SPM Terbaik Kuala Lumpur 2021

SPM tahun 2021 mencatatkan keputusan terbaik seluruh Kuala Lumpur iaitu dengan GPS sebanyak 1.49

Semua Perempuan

Sekolah yang indah ini didiami oleh puteri-puteri cemerlang dari seluruh pelusuk tanah air untuk menimba ilmu pengetahuan.

Di Tengah Kesibukan Bandar

Lokasi SESERI terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota Kuala Lumpur menjadikan ianya sekolah metropolitan.

Bangunan Antik

Bangunan pentadbiran/pejabat adalah bangunan peninggalan british yang telah dibina sejak tahun 1905 dan masih kukuh hingga kini.

Orkid Sebagai Mercu Tanda

Setiap nama KELAS dan RUMAH SUKAN adalah diambil sempena nama saintifik bagi jenis-jenis orkid.

Dikelilingi Kehijauan

Meskipun kedudukan SESERI terletak di tengah-tengah kota meropolitan, namun suasana persekitaran dipenuhi kehijauan yang menenangkan.